HARGA DINAR DAN DIRHAM KELANTAN

Price Chart

1 dinar : RM789.00

Price Chart

1 dirham : RM25.00

Harga Dikemaskini pada 13/4/2012

Dari sumber: World Islamic Mint - Malaysia Lihat cart harga dinar dan dirham: Chart

MEMBELI PADA HARGA RENDAH ADALAH LANGKAH YANG BIJAK

..................................................................................................................................................................................................

Thursday 19 January 2012

EMAS DIJANGKA CECAH RM503 SATU GRAM MENJELANG 2020


STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.
Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.

Monday 16 January 2012

DINAR KELANTAN KELUARAN BARU 1433H

 KOTA BHARU, 30 Dis: Pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah RM40,947,972.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata dengan pencapaian itu KGT muncul sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang begitu aktif dalam urusan jual belinya.

Husam memberitahu, keuntungan kasar yang diperolehi KGT sepanjang tahun ini RM5,211,484 selepas ianya mula ditubuhkan setahun lalu. Beliau menjangkakan keuntungan bersih itu akan meningkat lagi pada tahun hadapan.

Wednesday 10 August 2011

MENGAPA HARGA EMAS MELAMBUNG TINGGI

APAKAH FAKTOR PENDORONG NYA


APA ITU LOGAM EMAS

  • Emas adalah unsur Logam yang terdapat dalam persekitaran semula jadi, kebanyakannya dalam "Urat Kuarza" dan lain-lain "Deposit Alluvium" tertentu dan boleh didapati dalam keadaan bebas atau dalam kombinasi dengan Logam lain.
  • Emas sebagai Logam berharga, telah di hargai dan di berikan Penghargaan yang tinggi sejak zaman dahulu kala dan masih merupakan salah satu Logam yang sangat berharga sepanjang zaman serta telah di gunakan untuk melambangkan kekayaan dan kuasa.

Friday 17 June 2011

EMAS SEBAGAI PELABURAN ALTERNATIF

Oleh: DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Sumber : Utusan Malaysia 10 Oktober 2009

 

Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas.

Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak 
AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.

Tuesday 14 June 2011

APAKAH ERTINYA INI???

Hari ini harga ayam 1 kg = RM8.20 apakah ertinya nilai RM sekarang?
Lihat pendedahan berikut ....

Thursday 9 June 2011

ASB/ASN HARAM – JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut: