HARGA DINAR DAN DIRHAM KELANTAN

Price Chart

1 dinar : RM789.00

Price Chart

1 dirham : RM25.00

Harga Dikemaskini pada 13/4/2012

Dari sumber: World Islamic Mint - Malaysia Lihat cart harga dinar dan dirham: Chart

MEMBELI PADA HARGA RENDAH ADALAH LANGKAH YANG BIJAK

..................................................................................................................................................................................................

Thursday, 5 May 2011

DINAR DAN DIRHAM KELATAN LARIS


Dinar emas dan Dirham Kelantan memang laris, sebab? ... berkat wang Allah nilainya bertambah naik dari hari kehari bila dibandingkan dengan wang note (RM).



Pengalaman saya sendiri, pada 14 Mac 2011 saya telah membeli Dinar emas Kelantan dengan harga RM660.00 dan Dirham RM23.00 dan pada hari ini (5 Mei 2011) ia itu 1 bulan 19 hari, nilai Dinar emas sudah menjangkau RM705 1 dinar, dan RM30, 1 dirham. Sekiranya saya membeli 10 dinar (RM6,600) dan 50 Dirham (RM1,150), jumlah RM ialah RM7,750. Berapa nilai RM saya sekarang jika Dinar dan Dirham saya tukarkan kepada RM? ialah 10 x RM705 = RM7,050 dan 50 x RM30 = RM1,500,jumlah RM ialah RM8,550. Berapa lebihan? RM8,550 - RM7,750 = RM800!!!.

Pada 21 April 2011.
  1 Dirham


=
RM30.00
Pengalaman saya ini saya kongsi dengan dua anak saya lagi. Anak pertama telah melabur dalam ASB pada 7/10/2010 sebanyak RM500 dan 1/12/2010 sebanyak RM1000, dan pada 22/3/2011 ASB telah memberi pendapat ASB dan Bonus sebanyak RM12.71 (8.75%). Saya nasihatkan anak saya supaya mengeluarkan semua pelaburannya dalam ASB (RM1500) dan beliau telah mengeluarkan semua RM1500 dan memberi kepada saya RM1400 (dia celok RM100 buat belanja hehe..) untuk beli Dirham Kelantan. Harga Dirham pada masa tersebut (14Mac 2011) ialah 1 Dirham RM24.00. Saya membeli 60 Dirham dengan harga RM1440.00 (terpaksalah abah pulak yang tambah RM40.00 hehe...). Jumlah RM jika Dirham ditukar kepada RM pada 21/4/2011, (1 bulan 7 hari) nilai Dirham telah naik kepada RM30,maka 60 x RM30= RM1,800 dah untung RM360.00.

Seorang lagi anak saya telah mengeluarkan ASB sebanyak RM2,025.00 pada 4/4/2011 dan beli 81 Dirham dengan harga pada masa itu ialah RM25.00. Pada 14/4/2011 mengeluar RM3,000.00 dan beli 114 Dirham, harga Dirham pada tarikh tersebut ialah RM27.00 maka nilainya RM3,078.00 (abah juga kena tambah hehe.... tapi bukan dari duit poket ... dari duit komisyen jualan laaa ..). Jumlah RM jika Dirham ditukar kepada RM pada 21/4/2011(lebih kurang 1 bulan), ialah RM5,850.00, dari pengiraan harga masa membeli Dirham ia mendapat untung sebanyak RM747.00.

Dirham mempunyai nilai yang teguh bila dibandingkan dengan pelaburan-pelaburan lain. ASB hanya dapat memberi pendapatan dan bonus yang tertinggi ialah pada tahun 1990 (14%) - rujuk Dividen ASB dari tahun 1990 hingga 2010 di sini

Kalau dilihat dari peningkatan nilai Dinar dan Dirham Kelantan semenjak tarikh pelancaran pada 12 Ogos 2010 hingga hari ini 5/5/2011(8 bulan 22 hari), amat mendongak hehehe .... Dinar 21.34% dan Dirham 130.77% . dan kalau disimpan Dinar dan Dirham selama 1 tahun, 2. 3, 4, .... 10 tahun  ... emm entahlah berapa nilai akan datang. Kalau dicongak dengan kadar kenaikan setahun, dianggarkan dinar 25% setahun dan Dirham 100% setahun,  untuk 5 tahun Dinar menjadi 125% dan Dirham menjadi 500%, huhhh kayo pakcik ... memang dah adapun orang kaya dengan pelaburan emas, cuma saya saja baru nak berjinak-jinak.

Cuma saya ingin memperingatkan setiap pelaburan mesti ada risiko, tetapi pelaburan emas sama ada emas jongkong (gold bar) atau emas dinar (coin), rasa-rasanya risikonya kurang sebab nilai emas adalah nilai antarabangsa, sedangkan nilai wang note ikut suka aku nak cetak hehehe ... buktinya nilai note wang Irag (Dinar), ianya cuma dipanggil dinar je tetapi wang fizikal ialah kertas. Selepas Amerika menakluk Iraq nilai dinar Iraq langsung tak bernilai terpaksa dilelong.  Nilai wang Iraq sebelum perang mencecah kepada 1 dinar Iraq (IQD) = USD3.22 dan selepas perang menjadi macam tak laku, 1IQD = USD0.00086.

Contoh lagi, nilai nasi lemak (biasa) di Malaysia pada tahun 2010 ialah RM1.00 sebungkus dan sekarang telah naik kepada RM1.50. Kalau dibandingkan dengan Dirham Kelantan pula, 1 Dirham = 13 bungkus nasi lemak pada tahun 2010 dan sekarang, hari ini 5/5/2011, 1 Dirham = 30 bungkus nasi lemak hehehe ... ini bermakna dinar dan dirham pengawal inflasi, dan RM ialah penambah inflasi.

Kalau rasa-rasa nak beli Dinar atau Dirham, eloklah beli sekarang, harga masih rendah. Lagipun ianya adalah wang syariah. Selepas beli, ingat keluar zakat emas dan perak setelah cukup syarat, rujuk di sini.



1 comment:

  1. Thanks for sharing, pelaburan dalam dinar dan dirham so far nampaknya begitu baik, just nak cakap something, sebelum beli kena tahu mengenai spread, i.e. untuk 1 dirham, beli RM27 dan jual RM30 so perbezaannya adalah RM3 untuk satu dirham, so pengiraan kat atas kurang tepat tapi masih untung

    ReplyDelete