| STANDARD
Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau
kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh
dari China dan India. |
Ketua
Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara
pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang
peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu
akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
|
| Beliau
berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan
rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk
terus kekal tinggi. |
| “Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan
perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan
bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012
di Kuala Lumpur semalam. |
| Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar
faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan
kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong
pertumbuhan ekonomi negara masing-masing. |
| Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah
paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu
gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan
pertumbuhan perlahan ekonomi AS. |
| Bagaimanapun,
pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan
penjualan berterusan oleh dana lindung nilai. |
| Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada
RM159.93 satu gram. |
| Mengenai
ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai
Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini
berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global. |
| Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang
menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak
sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan
lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu. |
| Beliau
berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan
penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung. |
| "Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik
berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya. |
| Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada
paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu. |
| Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus
tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan
makanan. |
| Beliau
berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan
mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini,
bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini. |
| Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03
berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang
kukuh. |
| -
BERITA HARIAN |
No comments:
Post a Comment