HARGA DINAR DAN DIRHAM KELANTAN

Price Chart

1 dinar : RM789.00

Price Chart

1 dirham : RM25.00

Harga Dikemaskini pada 13/4/2012

Dari sumber: World Islamic Mint - Malaysia Lihat cart harga dinar dan dirham: Chart

MEMBELI PADA HARGA RENDAH ADALAH LANGKAH YANG BIJAK

..................................................................................................................................................................................................

Thursday, 19 January 2012

EMAS DIJANGKA CECAH RM503 SATU GRAM MENJELANG 2020


STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.
Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.

Monday, 16 January 2012

DINAR KELANTAN KELUARAN BARU 1433H

 KOTA BHARU, 30 Dis: Pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah RM40,947,972.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata dengan pencapaian itu KGT muncul sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang begitu aktif dalam urusan jual belinya.

Husam memberitahu, keuntungan kasar yang diperolehi KGT sepanjang tahun ini RM5,211,484 selepas ianya mula ditubuhkan setahun lalu. Beliau menjangkakan keuntungan bersih itu akan meningkat lagi pada tahun hadapan.