HARGA DINAR DAN DIRHAM KELANTAN

Price Chart

1 dinar : RM789.00

Price Chart

1 dirham : RM25.00

Harga Dikemaskini pada 13/4/2012

Dari sumber: World Islamic Mint - Malaysia Lihat cart harga dinar dan dirham: Chart

MEMBELI PADA HARGA RENDAH ADALAH LANGKAH YANG BIJAK

..................................................................................................................................................................................................

Friday, 22 April 2011

BETAPA UNTUNGNYA KALAU GAJI DIBAYAR DENGAN DINAR




Bayangkan kalau gaji bulan Mac 2011 di bayar dengan dinar. Katakan gaji bulanan termasuk alaun dan lain-lain berjumlah RM2500.00.Harga 1 dinar pada 31 Mac ialah RM665.00 dan harga 1 dirham RM25.00. Setelah dibahagi dengan dinar dan dirham ia bersamaan dengan 3 dinar dan 20 dirham, jumlah jika di tukar kepada RM ialah RM2,495.00, baki RM5.00 bolehlah di bayar dengan RM.



Pada 1 April,harga dinar telah naik kepada RM671.00 dan dirham masih kekal RM25.00, dan pada 8 April naik lagi kepada RM680 1 dinar dan 1 dirham RM 28.00. Jika dinar dari gaji ditukar kepada ringgit pada 8 Mac ianya menjadi RM2,600.00.
Katakan 1/2 dinar disimpan sehingga akhir April ... RM?? sehingga 21 April harga 1 dinar telah menjadi RM697.00. Jadi kalau di tukar kepada RM 1/2 dinar ialah RM384.50 dan untung RM sebanyak RM384.50 - RM332.50 = RM50.00
Keadaan ini menggambarkan bahawa nilai mata wang ringgit makin hari makin turun dan jika dibandingkan dengan nilai dinar,kita dapati nilai dinar makin naik. Dengan kata lain kalau dinar dan dirham digunakan sebagai mata wang yang pasti ialah;
1. Ia adalah matawang syariah suci disisi Islam.
2. Keadaan inflasi tidak akan berlaku kerana nilai emas setabil.
Jika bandingkan harga gelang emas yang anda pakai pada 10 tahun yang lampau dengan harga sekarang .... berganda bukan? so... tunggu apa lagi belilah dinar dan dirham sekarang sebagai pelaburan untuk anak-anak 5 atau 10 tahun akan datang. Melalui kajian dari data-data yang keluarkan oleh laman web http://www.kitco.com , kenaikan harga emas dipasaran dunia ialah lebih kurang 27% setahun. Bayangkan kalau anda simpan pada hari ini sejumlah RM50, 112.00 dengan membeli 72 dinar.   Nilai wang anda pada 5 tahun akan datang ialah RM50,211.00 x 235% = RM117,995.85 (27% x 5 = 135% + 100% = 235%). dan bayangkan kalau 10 tahun, RM50211 x 370% = RM185,780.70.
Untuk mengetahui secara mendalam dan lebih terperinci anda boleh melayari internet berkaitan dengan dinar dan emas.         

No comments:

Post a Comment